Posts

Showing posts from May, 2023

Barang Dijangka Naik

Antara faktor yang mendorong harga barang dijangka meningkat adalah  inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia. Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin mengatakan kenaikan harga barang dijangka mula berlaku pada bulan Ogos dan September 2023. “Saya menjangkakan harga barangan peringkat pengguna meningkat lima hingga 10 peratus. Lazimnya produk yang diimport memerlukan masa untuk sampai ke negara ini. Jadi saya jangkakan menjelang Ogos atau September peningkatan harga peringkat pengguna itu mungkin mula berlaku. Kredit: Utusan

Latarbelakang Farid Kamil

Image
Beliau dilahirkan sebagai Farid Kamil bin Zahari pada 5 Mei 1981 di  Alor Setar ,  Kedah   dan merupakan anak kepada tenaga akademik kedoktoran di  Universiti Teknologi MARA  (UiTM) iaitu bapanya, Datuk Dr. Zahari Che Dan dan ibunya, Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah. Beliau merupakan anak sulung dari 5 adik beradik dan mempunyai ijazah dalam bidang pembikinan filem di UiTM. Adiknya,  Fadzil Bahri  juga seorang pelakon. Tiga lagi adik beliau ialah Anis Anwar, Azman Aizuddin dan Nurdianah yang masing-masing berkecimpung dalam bidang  kedoktoran  dan  perubatan . Sumber : Wikipedia

Tahniah Mamu

Image
Sharnaaz Ahmad telah memuat naik sekeping foto yang menyaksikan dia berada di atas pelamin bersama wanita ‘free hair.’ Sharnaaz dan wanita berkenaan manis mengenakan pakaian sedondon berona biru muda sambil ditemani anak lelaki kepada aktor tersebut, Jebat Jayden. Wanita itu belum dikenalpasti dan pelakon itu juga telah memadam gambar tersebut selepas beberapa minit dimuatnaik di IG nya.  Jika benar tahniah diucapkan!!

Shilla dan Ubai dikatan telah berpisah

Image
Dakwaan ini timbul selepas Shila di Instagram berkongsi satu hantaran dengan kapsyen seakan-akan sudah berpisah selepas 5 bulan bercinta. Shilla berkata akan memori bersama Ubai sampai bila-bila dan akui Ubai ada lelaki yang sangat baik.

Biodata Isteri Esma Daniel

Selepas lima tahun menduda, pelakon senior   Esma Daniel   terbuka hati untuk   kembali mendirikan rumah tangga   dengan memilih Nur Atira Mazlan sebagai teman hidupnya. Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Kajang, Selangor hari ini. Kredit : Mstar Online

Dinding Flat Loke Yew Tercabut

KEROSAKAN  harta benda dilaporkan di sekitar Kuala Lumpur apabila hujan lebat dan ribut melanda ibu kota pada petang Jumaat. Antara yang menyebabkan ramai tergamam adalah apabila dinding sebuah unit di rumah pangsa Loke Yew tercabut dibawa angin kencang.

Elaun Guru Bakal Naik

Image
MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kenaikan elaun guru-guru menjadi fokus kerajaan dalam menjaga kebajikan guru-guru. Beliau berkata, bagaimanapun kenaikan elaun itu bukanlah pada ketika ini dan ia akan diputuskan selepas pendapatan dan hasil negara bertambah di masa akan datang. "Antara keutamaan saya ialah menaikkan elaun guru-guru dan perkhidmatan awam. Tetapi jangan minta sekarang, beri sedikit lagi masa dan kesempatan," katanya. Kredit : Sinar Harian

Tiada Lagi Subsidi Elektrik Untuk Rumah Orang Kaya

Image
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isi rumah yang menggunakan elektrik pada jumlah yang amat tinggi tidak lagi akan menikmati subsidi daripada kerajaan.  Perdana Menteri berkata, rumah perseorangan yang penggunaan elektriknya sangat tinggi umpama rumah itu guna tiga kipas dan empat penyaman udara, maka mereka harus membayar kos sebenar dan tidak menikmati subsidi. Kredit : Berita Harian

Ibu Liyana Jasmay Meninggal Dunia

Image
Ibu kepada pelakon dan penerbit, Liyana Jasmay iaitu Datin Habshah Simpon (Ramlah) dilaporkan telah meninggal dunia pada pagi Jumaat. Berita duka itu dikongsikan oleh sepupu kepada Liyana yang dikenali sebagai Misz Erna di laman Instagram miliknya. Kredit : Oh Bulan

‘Tok Wan’ badan berbulu bawa kereta

Langkawi: "Bukan abang bawa (pandu kereta tetapi) pak cik dengan tok wan (gelaran diberikan untuk datuk). Tok wan tak (kacak), badan dia panas ada bulu."  Demikian dakwaan cerita seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun menggelarkan dirinya sebagai abang, dipercayai individu memandu Toyota Vios milik keluarganya sehingga terbabit kemalangan dalam kejadian di Jalan Bukit Tangga di sini, kelmarin.

Bekas Penyampai Radio Terkenal Meninggal Dunia

Image
KUALA LUMPUR: Bekas penyampai radio Suria FM, Zizi, 42, meninggal dunia di Hospital Melaka, kira-kira jam 1.47 pagi tadi. Berita pemergian Allahyarham Zizi atau nama sebenarnya, Ahmad Zuwairi Mohd Nor dikongsi oleh birasnya, Muhammad Saffuan. Muhammad Saffuan berkata, Zizi mengadu badannya penat, lalu meminta isterinya, Noor Hidayah Sabidi menyapukan minyak di bahagian kaki sebelum masuk ke bilik untuk berehat.

Tindakan Bapa Arwah Siti Sarah Membuatkan Peminat Terharu

Disebalik pertunangan yang berlangsung secara tertutup itu, kehadiran  bapa kepada Allahyarham Siti Sarah  iaitu  Raissuddin Hamzah  bersama isterinya sebagai wakil pihak Shuib pastinya dipuji ramai.   Menerusi video yang dikongsi Siti Fatimah Suberi atau biasa disapa Makder, suaminya telah meminangkan sendiri Watie buat Shuib untuk menjadi suri hati penyampai radio Suria FM itu. Kredit : ohmymedia.cc

Kerana PUBG, akhirnya ibu anak 6 menjanda

Image
Syok sangat buat live.. smpai keluarga pun terabai.. Tengok muka cantik betol patot lah ramai viewer lelaki..