Barang Dijangka Naik

Antara faktor yang mendorong harga barang dijangka meningkat adalah  inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia. Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin mengatakan kenaikan harga barang dijangka mula berlaku pada bulan Ogos dan September 2023. “Saya menjangkakan harga barangan peringkat pengguna meningkat lima hingga 10 peratus. Lazimnya produk yang diimport memerlukan masa untuk sampai ke negara ini. Jadi saya jangkakan menjelang Ogos atau September peningkatan harga peringkat pengguna itu mungkin mula berlaku. Kredit: Utusan

Bekas Penyampai Radio Terkenal Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Bekas penyampai radio Suria FM, Zizi, 42, meninggal dunia di Hospital Melaka, kira-kira jam 1.47 pagi tadi.

Berita pemergian Allahyarham Zizi atau nama sebenarnya, Ahmad Zuwairi Mohd Nor dikongsi oleh birasnya, Muhammad Saffuan.

Muhammad Saffuan berkata, Zizi mengadu badannya penat, lalu meminta isterinya, Noor Hidayah Sabidi menyapukan minyak di bahagian kaki sebelum masuk ke bilik untuk berehat.



Comments

Popular posts from this blog

Tiada Lagi Subsidi Elektrik Untuk Rumah Orang Kaya

Barang Dijangka Naik

Biodata Siti Hajar