Barang Dijangka Naik

Antara faktor yang mendorong harga barang dijangka meningkat adalah  inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia. Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin mengatakan kenaikan harga barang dijangka mula berlaku pada bulan Ogos dan September 2023. “Saya menjangkakan harga barangan peringkat pengguna meningkat lima hingga 10 peratus. Lazimnya produk yang diimport memerlukan masa untuk sampai ke negara ini. Jadi saya jangkakan menjelang Ogos atau September peningkatan harga peringkat pengguna itu mungkin mula berlaku. Kredit: Utusan

Allahyarham Nik Aziz dikurniakan darjah kebesaran

ALLAHYARHAM TAN SRI TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT.


Hari ini tercatat satu sejarah besar buat PAS apabila Allahyarham Mantan Mursyidul Am PAS yang tercinta menerima Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri.


Gelaran ini membawa satu pengiktirafan besar buat perjuangan Allahyarham bersama PAS sehingga ke akhir hayat dalam memperjuangkan sebuah pemerintahan Islam di negara ini.  


48 tahun Allahyarham Tan Sri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terlibat dalam politik sejak 1967 dan 23 tahun yang panjang sebagai Menteri Besar Kelantan yang sangat dikagumi.


Dasar “Membangun Bersama Islam” menjadi antara titik pemula kepada tanah air ketika itu untuk melihat sebuah negeri  PAS membangun cemerlang dengan pemerintahan Islam. 


Antara perubahan besar yang dibuat Allahyarham adalah dengan memperkasakan sistem ekonomi Islam di Kelantan.


Tindakan yang telah dibuat beliau;


1. Memindahkan semua simpanan tetap negeri daripada bank konvensional kepada Bank Islam Malaysia Berhad


2.  Mengasingkan akaun negeri dan pengagihan kepada sumber pendapatan yang halal dan haram


3. Melaksanakan sistem pajak gadai Islam Arrahnu yang kemudian dicontohi dan diterima oakai oleh Bank Rakyat.


4. Memperkenalkan skim pembiayaan Islam untuk kakitangan negeri bagi pembelian rumah dan kenderaan.


5. Menjual semua saham tidak patuh Syariah berjumlah RM2.25 juta.


Semua pendekatan beliau jika diletak pada zaman itu adalah satu tindakan yang sangat berani dan melawan arus corak pentadbiran sedia ada sebelumnya.


Namun hasil usaha tersebut, Kelantan berjaya memiliki kedudukan kewangan yang selesa, tidak berhutang dan berjaya bayar semua hutang kerajaan pusat yang ditinggalkan BN sebelumnya.


Kejayaan itu telah dikaji oleh pakar daripada UUM dan dibentangkan pada tahun 1999 untuk dikembangkan ke peringkat pelaksanaan kerajaan pusat.


Selain itu dalam aspek kebajikan juga kerajaan pusat telah mengikut jejak langkah Kelantan yang memperkenalkan cuti bersalin 60 hari. 


Sifat rahmah beliau kepada bukan Islam di Kelantan adalah dengan menggazetkan rumah ibadat dan tanah perkubaran Buddha sebagai menjunjung perlembagaan yang memberi hak kebebasan beragama kepada bukan Islam.


Bahkan terlalu panjang untuk disenaraikan setiap satu pendekatan prinsip Islam yang dibawa di Kelantan dan menjadi bukti keberhasilan dasar “Membangun Bersama Islam”.


Maka layaklah gelaran Tan Sri buat Allahyarham atas segala jasa dan keringat yang telah ditumpahkan sepanjang hayat beliau bukan sahaja buat negeri Kelantan tetapi juga buat Malaysia.


Menjunjung kasih Tuanku atas pengiktirafan dan penghargaan besar buat tokoh pejuang PAS.

Comments

Popular posts from this blog

Tiada Lagi Subsidi Elektrik Untuk Rumah Orang Kaya

Barang Dijangka Naik

Biodata Siti Hajar