Barang Dijangka Naik

Antara faktor yang mendorong harga barang dijangka meningkat adalah  inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia. Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin mengatakan kenaikan harga barang dijangka mula berlaku pada bulan Ogos dan September 2023. “Saya menjangkakan harga barangan peringkat pengguna meningkat lima hingga 10 peratus. Lazimnya produk yang diimport memerlukan masa untuk sampai ke negara ini. Jadi saya jangkakan menjelang Ogos atau September peningkatan harga peringkat pengguna itu mungkin mula berlaku. Kredit: Utusan

Asraruddin Putra Tinggal di Mekah




Selepas beberapa tahun, 'misteri' kehilangan Asraruddin Putra dari radar bola sepak tanpa sebarang pengumuman bersara akhirnya terlerai - jejaka tinggi lampai itu sebenarnya telah memulakan kehidupan baharu di Makkah, sekali gus memenuhi impian sejak zaman kanak-kanak untuk menetap di Tanah Suci.

"Jika Allah SWT mengizinkan, saya berharap untuk meninggal dunia di Makkah. Saya memang mendoakan perkara itu... 'Ya Allah, matikan aku dengan mati syahid, matikan aku di negeri Rasul-Mu”

Sumber : Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Tiada Lagi Subsidi Elektrik Untuk Rumah Orang Kaya

Barang Dijangka Naik

Biodata Siti Hajar