Barang Dijangka Naik

Antara faktor yang mendorong harga barang dijangka meningkat adalah  inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia. Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin mengatakan kenaikan harga barang dijangka mula berlaku pada bulan Ogos dan September 2023. “Saya menjangkakan harga barangan peringkat pengguna meningkat lima hingga 10 peratus. Lazimnya produk yang diimport memerlukan masa untuk sampai ke negara ini. Jadi saya jangkakan menjelang Ogos atau September peningkatan harga peringkat pengguna itu mungkin mula berlaku. Kredit: Utusan

Lamborghini Syamsol Berasap





Kereta Lamborghini Syamsul Yusof berasap


PETALING JAYA – Pengarah popular Syamsul Yusof, menarik perhatian ramai, apabila kereta Lamborghini yang dipandu olehnya berasap di tepi jalan.


Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok yang dikenali sebagai Syaza, dapat dilihat, kereta Lamborghini berwarna kuning emas itu mengeluarkan asap putih tebal yang didakwa mengalami kerosakan.


Syamsul juga dilihat tenang, keluar dari kereta miliknya dan berjalan ke arah tempat duduk belakang bagi memeriksa punca kerosakan yang berlaku.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terkejut dengan kejadian yang menimpa pengarah terkenal terbabit dan ada yang berseloroh mengenai kejadian itu.


“Ujian untuk Syamsul. Semoga dipermudahkan segala urusan. Setiap manusia berbeza ujiannya,” komen Cep Loss.


“Kereta harga juta-juta pun boleh berasap ke bos?, pakai Proton je bos,” seloroh seorang pengguna TikTok.


“Untuk abang Syamsul, semoga dipermudahkan urusan, anggaplah ini satu ujian. Semoga yang baik-baik saja untukmu,” komen AyishFiance.


Rakaman video terbabit, menjadi tular di aplikasi TikTok sehingga mendapat 1.4 juta tontonan, 35,600 tanda suka dan 1,715 komen. -KOSMO! ONLINE


Oleh NURUL IRDINA SUMALI

12 Jun 2023, 12:44 pm


Comments

Popular posts from this blog

Tiada Lagi Subsidi Elektrik Untuk Rumah Orang Kaya

Barang Dijangka Naik

Biodata Siti Hajar