Barang Dijangka Naik

Antara faktor yang mendorong harga barang dijangka meningkat adalah  inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia. Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin mengatakan kenaikan harga barang dijangka mula berlaku pada bulan Ogos dan September 2023. “Saya menjangkakan harga barangan peringkat pengguna meningkat lima hingga 10 peratus. Lazimnya produk yang diimport memerlukan masa untuk sampai ke negara ini. Jadi saya jangkakan menjelang Ogos atau September peningkatan harga peringkat pengguna itu mungkin mula berlaku. Kredit: Utusan

Bekas Pengerusi Air Asia Meninggal Dunia

Bekas Pengerusi dan pengasas bersama AirAsia Bhd, Datuk Pahamin Rajab meninggal dunia ketika dalam penerbangan ke London, United Kingdom (UK), malam tadi.


Berita duka itu dikongsi menantunya, pelakon Azhar Sulaiman melalui hantaran Instagram (IG), awal pagi tadi.



Azhar berkata, Allahyarham Pahamin, 77, mengalami serangan jantung dalam perjalanan menghadiri majlis graduasi cucunya di London.


"Dukacita saya maklumkan bapa mentua saya, Datuk Pahamin Rajab baru meninggal dunia. Beliau baru sampai London kena serangan jantung dalam pesawat. Sekarang ibu mentua dan anak lelaki saya, Rees ada di London," katanya.


📸 Instagram @azharbsulaiman

Kredit: Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Tiada Lagi Subsidi Elektrik Untuk Rumah Orang Kaya

Barang Dijangka Naik

Biodata Siti Hajar