Barang Dijangka Naik

Antara faktor yang mendorong harga barang dijangka meningkat adalah  inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia. Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin mengatakan kenaikan harga barang dijangka mula berlaku pada bulan Ogos dan September 2023. “Saya menjangkakan harga barangan peringkat pengguna meningkat lima hingga 10 peratus. Lazimnya produk yang diimport memerlukan masa untuk sampai ke negara ini. Jadi saya jangkakan menjelang Ogos atau September peningkatan harga peringkat pengguna itu mungkin mula berlaku. Kredit: Utusan

Gaji Penjawat Awam

 SEREMBAN: Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula skim gaji perkhidmatan awam dengan perbincangan awal mengenainya akan dibangkitkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri, minggu hadapan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata syor penelitian semula skim gaji perkhidmatan awam itu dibuat selepas mempertimbangkan tiada kenaikan diberikan bagi suatu jangka masa yang agak lama. 

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pertimbangan itu wajar dibuat selepas mengambil kira skim gaji penjawat awam sedia ada ketika ini berada di tahap yang rendah. 

Anwar bagaimanapun tidak menetapkan jangka masa khusus bagi perbincangan itu mahupun peratusan kenaikan yang dijangka diberikan, selain menyifatkan perbincangan mengenainya masih di peringkat awal.

Comments

Popular posts from this blog

Tiada Lagi Subsidi Elektrik Untuk Rumah Orang Kaya

Barang Dijangka Naik

Biodata Siti Hajar