Barang Dijangka Naik

Antara faktor yang mendorong harga barang dijangka meningkat adalah  inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia. Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin mengatakan kenaikan harga barang dijangka mula berlaku pada bulan Ogos dan September 2023. “Saya menjangkakan harga barangan peringkat pengguna meningkat lima hingga 10 peratus. Lazimnya produk yang diimport memerlukan masa untuk sampai ke negara ini. Jadi saya jangkakan menjelang Ogos atau September peningkatan harga peringkat pengguna itu mungkin mula berlaku. Kredit: Utusan

Hantaran Kontroversi Ibu Syamsul

Hantaran Instagram Story ibu kepada pengarah kontroversi, Syamsul Yusof sekali lagi mengundang persoalan ramai.

Menerusi hantaran itu, Datin Patimah menulis mengenai seseorang yang dahulunya berada di puncak kejayaan kini telah jatuh ke bumi kerana ‘keluarga itu’.



Dalam hantaran itu, Datin Patimah menyertakan fotonya berada di sebuah pantai berlatar belakangkan muzik Allah Allah Aghisna dendangan Nazwa Maulidia.

Tanpa menyebut sebarang nama, Datin Patimah berdoa semoga Allah SWT mengampunkan dosa kita semua. 

Terdahulu, anaknya Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah telah sah bercerai talak satu. Puteri Sarah juga telah menarik saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan kes diselesaikan cara baik di luar mahkamah

Comments

Popular posts from this blog

Tiada Lagi Subsidi Elektrik Untuk Rumah Orang Kaya

Barang Dijangka Naik

Biodata Siti Hajar