Barang Dijangka Naik

Antara faktor yang mendorong harga barang dijangka meningkat adalah  inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia. Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin mengatakan kenaikan harga barang dijangka mula berlaku pada bulan Ogos dan September 2023. “Saya menjangkakan harga barangan peringkat pengguna meningkat lima hingga 10 peratus. Lazimnya produk yang diimport memerlukan masa untuk sampai ke negara ini. Jadi saya jangkakan menjelang Ogos atau September peningkatan harga peringkat pengguna itu mungkin mula berlaku. Kredit: Utusan

Luis Suarez Miramontes Meninggal Dunia

 Warga bola sepak dikejutkan dengan khabar duka selepas legenda Barcelona, Luis Suarez telah dilaporkan meninggal dunia pada Ahad.

Bekas kelabnya, Barcelona mengumumkan berita tersebut di media sosial sebagai pemakluman rasmi. Luis Suarez Miramontes meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Luis Suarez merupakan bekas pemain Barcelona pada era 50-an. Beliau menyarung jersi skuad Blaugrana pada tahun 1955 hingga 1961, dengan catatan 176 penampilan dan mencetak 80 gol.

Sepanjang di Barcelona, Luis Suarez muncul pemain yang disegani selepas mengumpul enam kejuaraan selain meraih gelaran Ballon d’Or pada tahun 1960. Hingga kini, beliau menjadi satu-satunya pemain Sepanyol yang memenangi trofi berprestij tersebut.

Suarez kemudian berhijrah ke Inter Milan, bermain selama 9 musim sehingga 1970. Bersama Nerazzurri, Suarez beraksi sebanyak 325 perlawanan dan menyumbang 55 gol serta 2 bantuan jaringan.

Dalam tempoh tersebut, beliau telah menjulang tujuh gelaran termasuk tiga kejuaraan Liga Itali. Luis Suarez kemudian meneruskan kariernya ke Sampdoria sehingga bersara pada tahun 1970-an.

Di peringkat antarabangsa, Luis Suarez juga merupakan anggota skuad Sepanyol ketika memenangi kejuaraan Piala Eropah 1964. Secara keseluruhan beliau telah mengumpul 32 kaps dan menjaringkan 14 gol. 

Comments

Popular posts from this blog

Tiada Lagi Subsidi Elektrik Untuk Rumah Orang Kaya

Barang Dijangka Naik

Biodata Siti Hajar