Barang Dijangka Naik

Antara faktor yang mendorong harga barang dijangka meningkat adalah  inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia. Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin mengatakan kenaikan harga barang dijangka mula berlaku pada bulan Ogos dan September 2023. “Saya menjangkakan harga barangan peringkat pengguna meningkat lima hingga 10 peratus. Lazimnya produk yang diimport memerlukan masa untuk sampai ke negara ini. Jadi saya jangkakan menjelang Ogos atau September peningkatan harga peringkat pengguna itu mungkin mula berlaku. Kredit: Utusan

Pengeluaran KWSP Secara Bulanan

Kerajaan secara dasar bersetuju terhadap cadangan untuk menjadikan pilihan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara berkala atau bulanan kepada mandatori apabila mencecah usia persaraan 55 tahun.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan tersebut ketika ini di peringkat akhir.


Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu perlu diteliti dengan mengambil kira beberapa kekangan termasuk jumlah simpanan semasa pencarum KWSP. 


Sumber : Astro Awani

Comments

Popular posts from this blog

Tiada Lagi Subsidi Elektrik Untuk Rumah Orang Kaya

Barang Dijangka Naik

Biodata Siti Hajar