Posts

Showing posts from June, 2023

Barang Dijangka Naik

Antara faktor yang mendorong harga barang dijangka meningkat adalah  inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia. Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin mengatakan kenaikan harga barang dijangka mula berlaku pada bulan Ogos dan September 2023. “Saya menjangkakan harga barangan peringkat pengguna meningkat lima hingga 10 peratus. Lazimnya produk yang diimport memerlukan masa untuk sampai ke negara ini. Jadi saya jangkakan menjelang Ogos atau September peningkatan harga peringkat pengguna itu mungkin mula berlaku. Kredit: Utusan

Polis Wanita Viral Lagi

Tular rakaman pegawai polis yang sama merendahkan pangkat Lans Koperal bertengkar pula dengan orang awam di kawasan parking lot. Lihat video kejadian 

Identiti Suspek Lawan Arus

Image
  Sesat punca tunggang lawan arus hingga Ducati terbabas di SUKE AMPANG JAYA – Suspek menunggang motosikal secara lawan arus punca kemalangan m@ut di Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) sudah tampil membuat laporan, semalam. Siasatan mendapati, lelaki tempatan berusia 41 tahun itu menunggang secara demikian kerana tersesat lalu mengambil keputusan menaiki jejambat lebuh raya SUKE untuk ke rumahnya di Kajang. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek telah tampil membuat laporan polis di Balai Trafik Kajang, semalam. Katanya, ketika kejadian suspek yang merupakan peniaga makanan dalam perjalanan dari Ampang untuk pulang ke rumah di Kajang “Suspek yang tersesat membuat keputusan untuk memasuki jejambat lebuh raya SUKE dengan melawan arus sehingga kemalangan berlaku. “Akibat pergeseran dengan motosikal m@ngsa, suspek juga terjatuh dari motosikalnya namun terus pulang ke rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Azam, suspek hanya menge

Amir Masdi peluk Ella

  Amir Masdi dilihat hadir ke konsert Jilid Akhir Ella Puteri Kota 2.0 dan kemudian bergambar bersama penyanyi rock tersebut sebagai kenangan. Dalam video itu, Ella atau nama penuhnya Nor Zila Aminuddin dilihat menyambut kehadiran Amir dengan satu pelukan. Namun, hal itu tidak disenangi oleh para netizen yang dikatakan tidak menjaga batas pergaulan.

Biodata Siti Hajar

Image
  KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, penyanyi rap, MK K-Clique, 26, sah bergelar suami kepada suri hati pilihan, Siti Hajar syeikh Nordin, 26, tepat pukul 9.30 pagi tadi. Kedua pasangan disatukan dalam majlis pernikahan serba indah bertempat di Masjid Jami’l Huda, Kampung Melayu Ampang, Selangor, dekat sini. MK dan Siti Hajar yang tampil dalam persalinan serba putih dinikahkan dengan berwakil walikan Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Jami’l Huda, Mahdi Mat Zin. Dalam majlis tersebut, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Hamdan turut menyerahkan mas kahwin berjumlah RM302 kepada Siti Hajar dan seutas gelang tangan emas. Majlis dihadiri oleh ahli keluarga, rakan selebriti dan sahabat karib pasangan tersebut.

Biodata Suami Mizz Nina

Image
Essam Muhammad South Seattle-based rapper/poet and community organizer Essam has been crafting his skill as an MC to talk about relevant issues he faced. After releasing his debut album 12.12 , & his sophomore album “Chapter20six”with acclaimed producer, Petty Pro, "chapter20six" early 2020. Both projects is produced with strictly accapella sounds. In the three years since his debut video "West is my Home," Essam has been invited to perform on different continents, sharing his journey through creative expression everywhere from countries like South Africa, Malaysia, United Kingdom, Switzerland, Netherlands and more. He has also maintained a constant presence in the South Seattle community where he grew up, helping to cultivate safe spaces for young poets to grow and share their work.

Kontroversi Ebit Lew Bantu Gelandangan

Penularan video tersebut telah meraih perhatian netizen Malaysia dan juga Indonesia. Ada netizen mendedahkan bahawa wanita tersebut sebenarnya bukanlah gelandangan tetapi model.

Sifu Lentik Meninggal Dunia

Image
Innalillahiwainnailaihirajiu'un. usahawan kosmetik baru sahaja meninggal dunia. Muhamad Irfan Bin Abdullah yang juga di kenali sebagai ( sifu lentik ). Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang² beriman.. Al fatihah di baca.

Motor Lawan Arus Sebabkan Kematian

 14/6/23 Al Fatihah Seorang lelaki maut selepas tercampak daripada motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya sebelum jatuh dari jejambat (flyover) di susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) menghala Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini pada Rabu. Penunggang motosikal jenis Ducati berkenaan dipercayai cuba mengelak sebuah motosikal lain yang melawan arus, sebelum mangsa terbabas dan terjatuh ke bawah jejambat tersebut. Video dan gambar yang memaparkan kemalangan berkenaan tular di media sosial. Kes berkenaan masih dalam siasatan dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat.

Tuntutan Saman Sarah Dan Ira Selesai

Image
KUALA LUMPUR – Peguam syarie yang mewakili pengarah filem Syamsul Yusof mengesahkan kesemua tuntutan termasuk isu saman antara Puteri Sarah terhadap bekas madunya, Ira Kazar telah selesai. Bagaimanapun peguam syarie, Azmi Mohd. Rais berkata, maklumat terperinci mengenai isu saman Puteri Sarah dan Ira tersebut tidak boleh didedahkan. Sumber : Kosmo

Syamsol Sarah Bercerai

Image
Kemelut rumah tangga  Syamsul Yusof  dan isteri pertamanya,  Puteri Sarah  menemui titik nokah apabila pasangan itu sudahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini. Memetik  Kosmo,  Syamsul melafazkan talah satu pada jam 12.25 tengahari di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah.

Layanan Berbeza Kepada Najib

SHAH ALAM: Jabatan Penjara digesa menjelaskan mengapa Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dibenarkan melawat Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara dengan layanan berbeza. Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla Haniff, berkata ada tatacara dan proses serta prosedur tertentu yang membolehkan pelawat berjumpa dengan jumpa banduan. “Ada keadaan tertentu di mana ada permohonan dibuat kepada penguasa penjara, namun semua ini spekulasi kerana Zahid tidak memberitahu sama ada beliau membuat permohonan itu ataupun diberi layanan khas kerana memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. "Soalnya kini bukan undang-undang atau peraturan dua darjat, sebaliknya pihak penjara perlu perjelaskan sama ada ada berlaku pelanggaran protokol atau ada permohonan khas yang telah dibuat. Sumber : Berita Harian

STR Fasa 3

Image
KUALA LUMPUR: Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 dijangka disalurkan kepada penerima yang layak sebelum sambutan Hari Raya Haji, umum Datuk Seri Anwar Ibrahim. Memberitahu Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri berkata, bayaran tersebut melibatkan peruntukan melebihi RM2 bilion dan akan memanfaatkan lapan juta penerima.  

Lamborghini Syamsol Berasap

Kereta Lamborghini Syamsul Yusof berasap PETALING JAYA – Pengarah popular Syamsul Yusof, menarik perhatian ramai, apabila kereta Lamborghini yang dipandu olehnya berasap di tepi jalan. Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok yang dikenali sebagai Syaza, dapat dilihat, kereta Lamborghini berwarna kuning emas itu mengeluarkan asap putih tebal yang didakwa mengalami kerosakan. Syamsul juga dilihat tenang, keluar dari kereta miliknya dan berjalan ke arah tempat duduk belakang bagi memeriksa punca kerosakan yang berlaku. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terkejut dengan kejadian yang menimpa pengarah terkenal terbabit dan ada yang berseloroh mengenai kejadian itu. “Ujian untuk Syamsul. Semoga dipermudahkan segala urusan. Setiap manusia berbeza ujiannya,” komen Cep Loss. “Kereta harga juta-juta pun boleh berasap ke bos?, pakai Proton je bos,” seloroh seorang pengguna TikTok. “Untuk abang Syamsul, semoga dipermudahkan urusan, anggaplah ini satu ujian. Semoga yang baik-baik saj

Asraruddin Putra Tinggal di Mekah

Image
Selepas beberapa tahun, 'misteri' kehilangan Asraruddin Putra dari radar bola sepak tanpa sebarang pengumuman bersara akhirnya terlerai - jejaka tinggi lampai itu sebenarnya telah memulakan kehidupan baharu di Makkah, sekali gus memenuhi impian sejak zaman kanak-kanak untuk menetap di Tanah Suci. "Jika Allah SWT mengizinkan, saya berharap untuk meninggal dunia di Makkah. Saya memang mendoakan perkara itu... 'Ya Allah, matikan aku dengan mati syahid, matikan aku di negeri Rasul-Mu” Sumber : Berita Harian

Mas Kahwin Janna

Image
Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Masjid Aisyah, Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas. Jumlah mas kahwin tersebut adalah simbolik tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019. 

Biodata Suami Janna

Image
Dini Azan Schatzmann (lahir 17 Oktober 1994) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia kelahiran Switzerland. Beliau mula dikenali setelah melakonkan watak pembantu dalam drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek dan drama Bukan Cinta Aku. Pendidikan : Ijazah bidang kejuruteraan, Universiti British Columbia, Kanada Beliau mula menceburi bidang lakonan selepas tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan di mana ibunya bertanggungjawab memperkenalkan beliau dengan beberapa pengarah dan penerbit. Tidak menyesal kerana mengikuti pengajian dalam kejuruteraan kerana menganggapmya demi memenuhi impian kedua ibu bapanya.

Tunjal Kepala Wanita

Menerusi video yang tular, kelihatan lelaki berbadan gempal dan berbaju merah itu keluar dari keretanya dan segera mengetuk cermin kenderaan pemandu tersebut dengan wajah bengis. Sebaik cermin kereta diturunkan, lelaki berkenaan menghambur kata-kata kesat dengan lagak tak ubah seperti samseng jalanan. "Bawa elok-elok sikit... kau main nyawa orang, b**i. Kalau aku sepak (tampar) kau, dengan orang sebelah kau pun aku sepak,” katanya, garang. Biarpun cuba dijelaskan secara baik oleh pemandu wanita berkenaan bahawa dia tidak bersalah keraba memotong di garisan putus-putus, lelaki tersebut tetap berkeras dan menyalahkannya.

Allahyarham Nik Aziz dikurniakan darjah kebesaran

ALLAHYARHAM TAN SRI TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT. Hari ini tercatat satu sejarah besar buat PAS apabila Allahyarham Mantan Mursyidul Am PAS yang tercinta menerima Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri. Gelaran ini membawa satu pengiktirafan besar buat perjuangan Allahyarham bersama PAS sehingga ke akhir hayat dalam memperjuangkan sebuah pemerintahan Islam di negara ini.   48 tahun Allahyarham Tan Sri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terlibat dalam politik sejak 1967 dan 23 tahun yang panjang sebagai Menteri Besar Kelantan yang sangat dikagumi. Dasar “Membangun Bersama Islam” menjadi antara titik pemula kepada tanah air ketika itu untuk melihat sebuah negeri  PAS membangun cemerlang dengan pemerintahan Islam.  Antara perubahan besar yang dibuat Allahyarham adalah dengan memperkasakan sistem ekonomi Islam di Kelantan. Tindakan yang telah dibuat beliau; 1. Memindahkan semua simpanan tetap negeri daripada bank konvensional kepada Bank Islam Malaysia Berha

Kantoi Curi Rantai Emas

Berhati2 la anak yang pakai rantai emas tu.Ni kat Jom Heboh Shah Alam.Masa dia rakam ni tak perasan perempuan ni ragut rantai anak dia.Boleh tgk laju tangan dia buat kerja..Nampak macam ada partner sekali dengan dia buat kerja ni.

Tun M Disiasat

Image
Tun Mahathir disoal siasat Polis kerana Proklamasi Orang Melayu Tun memberitahu beliau sedia ke mahkamah dan akan menjawab semua soalan di mahkamah. Proklamasi Orang Melayu merupakan usaha untuk menyatukan orang Melayu dan memperbetul semula kelemahan dihadapi dan bersama mara ke depan sebagai bangsa berjaya. Apakah proklamasi yang prihatin tentang nasib orang Melayu bertentangan dengan perlembagaan? 

“Bukan Saya” kata DSV

Image
Jelas usahawan berusia 52 tahun itu, dia tidak tergamak menyekutukan (menduakan) Allah SWT semata-mata demi secebis konten. “Bukan saya! Saya tahu sudah buat bermacam-macam benda, tapi saya tidak tergamak untuk mendua atau menyekutukan Allah SWT. “Takkan saya nak pakai macam sami Buddha dan pergi ke kuil? Memang tak masuk akal dan bila masa pula saya pergi Nepal?” jelasnya. “Saya tidak akan pernah sesekali menduakan Tuhan kerana walaupun saya suka tampil dengan imej pelik, terpekik terlolong dan suka mengusik dalam media sosial, saya tahu batasan sebagai seorang Muslim,” katanya.