Posts

Showing posts from July, 2023

Barang Dijangka Naik

Antara faktor yang mendorong harga barang dijangka meningkat adalah  inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia. Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin mengatakan kenaikan harga barang dijangka mula berlaku pada bulan Ogos dan September 2023. “Saya menjangkakan harga barangan peringkat pengguna meningkat lima hingga 10 peratus. Lazimnya produk yang diimport memerlukan masa untuk sampai ke negara ini. Jadi saya jangkakan menjelang Ogos atau September peningkatan harga peringkat pengguna itu mungkin mula berlaku. Kredit: Utusan

Barang Dijangka Naik

Antara faktor yang mendorong harga barang dijangka meningkat adalah  inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia. Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin mengatakan kenaikan harga barang dijangka mula berlaku pada bulan Ogos dan September 2023. “Saya menjangkakan harga barangan peringkat pengguna meningkat lima hingga 10 peratus. Lazimnya produk yang diimport memerlukan masa untuk sampai ke negara ini. Jadi saya jangkakan menjelang Ogos atau September peningkatan harga peringkat pengguna itu mungkin mula berlaku. Kredit: Utusan

Luis Suarez Miramontes Meninggal Dunia

  Warga bola sepak dikejutkan dengan khabar duka selepas legenda Barcelona, Luis Suarez telah dilaporkan meninggal dunia pada Ahad. Bekas kelabnya, Barcelona mengumumkan berita tersebut di media sosial sebagai pemakluman rasmi. Luis Suarez Miramontes meninggal dunia pada usia 88 tahun. Luis Suarez merupakan bekas pemain Barcelona pada era 50-an. Beliau menyarung jersi skuad Blaugrana pada tahun 1955 hingga 1961, dengan catatan 176 penampilan dan mencetak 80 gol. Football legend. Barça legend. 253 games 141 goals  2x La Liga (1958/59, 1959/60) 2x Copa de España (1956/57, 1958/59) 2x Inter-Cities Fairs Cup (1957/58, 1959/60) 1x Ballon d’Or (1960) We will really miss you. Rest in peace, Luis Suárez Miramontes. 🕊 FC Barcelona (@FCBarcelona)   Sepanjang di Barcelona, Luis Suarez muncul pemain yang disegani selepas mengumpul enam kejuaraan selain meraih gelaran Ballon d’Or pada tahun 1960. Hingga kini, beliau menjadi satu-satunya pemain Sepanyol yang memenangi trofi berprestij tersebut. Sua

Hantaran Kontroversi Ibu Syamsul

Image
Hantaran Instagram Story ibu kepada pengarah kontroversi, Syamsul Yusof sekali lagi mengundang persoalan ramai. Menerusi hantaran itu, Datin Patimah   menulis mengenai seseorang yang dahulunya berada di puncak kejayaan kini telah jatuh ke bumi kerana ‘keluarga itu’. Dalam hantaran itu, Datin Patimah menyertakan fotonya berada di sebuah pantai berlatar belakangkan muzik Allah Allah Aghisna dendangan Nazwa Maulidia. Tanpa menyebut sebarang nama, Datin Patimah berdoa semoga Allah SWT mengampunkan dosa kita semua.   Terdahulu, anaknya Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah telah sah bercerai talak satu. Puteri Sarah juga telah menarik saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan kes diselesaikan cara baik di luar mahkamah

Bekas Pengerusi Air Asia Meninggal Dunia

Image
Bekas Pengerusi dan pengasas bersama AirAsia Bhd, Datuk Pahamin Rajab meninggal dunia ketika dalam penerbangan ke London, United Kingdom (UK), malam tadi. Berita duka itu dikongsi menantunya, pelakon Azhar Sulaiman melalui hantaran Instagram (IG), awal pagi tadi. Azhar berkata, Allahyarham Pahamin, 77, mengalami serangan jantung dalam perjalanan menghadiri majlis graduasi cucunya di London. "Dukacita saya maklumkan bapa mentua saya, Datuk Pahamin Rajab baru meninggal dunia. Beliau baru sampai London kena serangan jantung dalam pesawat. Sekarang ibu mentua dan anak lelaki saya, Rees ada di London," katanya. 📸 Instagram @azharbsulaiman Kredit: Bernama

Semoga Berjodohan

Impian usahawan sensai Iqbal Zulkefli ingin bertentang mata dengan Inspektor Sheila akhirnya tercapai apabila mereka digandingkan dalam satu sesi fotografi ekslusif bersama mStar. Malu- malu ketika kali pertama bertemu, Iqbal 29 tahun tidak mengambil masa lMa untuk menyesuaikan diri dengan pegawai kanan polis itu. Sepanjang sesi itu, Iqbal dan Sheila 35 tahun dilihat tidak kekok bertegur sapa dan sempat bergurau mesra.

Gaji Penjawat Awam

  SEREMBAN: Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula skim gaji perkhidmatan awam dengan perbincangan awal mengenainya akan dibangkitkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri, minggu hadapan.   Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata syor penelitian semula skim gaji perkhidmatan awam itu dibuat selepas mempertimbangkan tiada kenaikan diberikan bagi suatu jangka masa yang agak lama.  Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pertimbangan itu wajar dibuat selepas mengambil kira skim gaji penjawat awam sedia ada ketika ini berada di tahap yang rendah.  Anwar bagaimanapun tidak menetapkan jangka masa khusus bagi perbincangan itu mahupun peratusan kenaikan yang dijangka diberikan, selain menyifatkan perbincangan mengenainya masih di peringkat awal.

Pengeluaran KWSP Secara Bulanan

Kerajaan secara dasar bersetuju terhadap cadangan untuk menjadikan pilihan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara berkala atau bulanan kepada mandatori apabila mencecah usia persaraan 55 tahun. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan tersebut ketika ini di peringkat akhir. Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu perlu diteliti dengan mengambil kira beberapa kekangan termasuk jumlah simpanan semasa pencarum KWSP.  Sumber : Astro Awani